Bahan-bahan Cai masala

Rempah-rempah yang digunakan untuk cai masala

Teh

Teh hitam biasanya digunakan dalam kebanyakan resipi cai. Teh hitam jenis Assam adalah yang paling lazim; walau bagaimanapun, campuran teh-teh yang berbeza boleh digunakan.[10] Assam, Darjeeling, dan Nilgiri adalah tiga jenis teh yang paling biasa digunakan dalam cai di India.[11]

Rempah-ratus

Rempah dan daun teh yang siap dipotong

Cai masala tradisional ialah minuman berempah yang dibancuh dengan campuran rempah-ratus yang menghangatkan badan. Campuran rempah ini, dipanggil karha, menggunakan halia kisar dan buah pelaga hijau. Rempah-rempah lain juga ditambahkan dengan karha ini, seperti sedikit kayu manis, bunga lawang, jintan hitam, ;ada hitam, buah pala, cengkih, biji pelaga, halia, madu, vanila dan rempah-rempah lain.[12][13]

Cai masala di India barat selalunya tidak dibubuh cengkih dan lada hitam. Sedikit kecil garam sering ditambahkan dalam cai di perbandaran Bhopal.[14] Cai versi Kashmir dibancuh dengan teh hijau bukan teh hitam dan kurang berempah, serta mengandungi secubit garam. Versi ini agak berjelira dan berwarna merah jambu kerana soda penaik.[15]

Susu

Asalnya di India, susu kerbau digunakan untuk membuat cai.[16][17] Walaupun susu krim penuh biasanya digunakan dalam cai masala, alternatif seperti air soya atau susu skim juga digunakan di seluruh dunia. [18]

Pemanis

Rencana utama: Pemanis

Gula putih, perang, demerara atau madu boleh digunakan sebagai pemanis dalam cai. Jageri juga boleh digunakan sebagai pemanis.[19]

Pembancuhan

Seorang budak lelaki di Mysore membancuh cai masala: Kerana ia dibuat dengan merebus, keladak teh biasanya akan ditapis.

Cara tradisional yang paling mudah untuk membancuh cai masala ialah merebus, dengan mereneh atau mendidihkan susu dan air dengan teh daun, pemanis dan rempah ratus. Pasar-pasar India di seluruh dunia menjual pelbagai jenama masala cai, (Hindi: चाय मसाला, rumi: chāi masālā, lit. 'rempah teh'code: hi is deprecated ) untuknya, tetapi banyak keluarga atau penjaja teh, yang di India dipanggi caiwala,[20] membuat campuran sendiri. Keladak teh dan rempah ditapis daripada cai sebelum dihidangkan.

Di Maharashtra, orang sering membuat cai dengan mencampurkan setengah cawan air dan setengah cawan susu dalam periuk. Gula boleh dibubuh semasa atau selepas mendidihnya. Halia kemudiannya diparut, diikuti dengan menambahkan rempah cai. Walaupun bahan-bahannya mungkin berbeza-beza dari tempat ke tempat, rempah cai biasanya mengandungi halia tumbuk, buah pelaga tumbuk, serai, bunga cengkih dan kayu manis.[21] Campuran tersebut didihkan dan 1 sudu daun teh hitam[22] dimasukkan. Cai tersebut terus dialihkan dari api, ditudung dan dibiarkan selama kira-kira 10 minit supaya teh hitam itu seduh menjadi cai. Cai itu kemudian ditapis dan dihidangkan.

Peminuman teh di subbenua India

Seorang lelaki di Kolkata, dengan caidani untuk membawa sembilan gelas cai – teh biasa tanpa rempah

Penjaja-penjaja kecil (dipanggil caiwala dalam bahasa Hindi/ca-ola dalam bahasa Benggali) boleh ditemui di tepi setiap lebuh raya, jalan dan lorong – selalunya satu-satunya peniaga yang akan buka sepanjang malam. Mereka biasanya juga menjual bahan tembakau dan makanan ringan. Ramai penjaja ini akan menghantarkan teh ke tempat-tempat orang bekerja dengan caidani, bingkai kayu atau logam untuk membawa cawan-cawan.[23]

Di bandar raya Mumbai, gerai-gerai teh tepi jalan menjual teh yang lebih kecil dan lebih murah yang dipanggil 'cai potong', 'potong' merujuk kepada kuantiti secawan dipotong setengah untuk mengurangkan kos secawan teh.[24]

Di Pakistan, cai masala biasanya dibancuh dengan susu dan dimaniskan dengan rempah seperti pala, kayu manis dan/atau cengkih. [25]

Cai juga boleh dihidangkan dalam kulhar, sejenis cawan tembikar tradisional sekali guna.[26]

Rujukan

WikiPedia: Cai masala https://food.ndtv.com/food-drinks/history-of-masal... https://food.ndtv.com/food-drinks/cutting-chai-why... https://www.cityspidey.com/news/13763/the-british-... https://www.tarladalal.com/how-to-make-indian-tea-... http://www.merriam-webster.com/dictionary/chai https://web.archive.org/web/20160515143003/http://... https://web.archive.org/web/20150430034327/http://... https://web.archive.org/web/20120805063842/http://... https://web.archive.org/web/20180604200541/http://... http://www.seattleweekly.com/home/949624-129/chai-...